Selasa, 17 November 2009

Konvensyen Bloggers PAS ( BLOGGERs umno bila pula nak di panggil)

Muqadimah

Blog merupakan medium alternatif terpenting yang memberikan kelebihan kepada mana-mana individu, kumpulan dan organisasi bagi membina imej dan pengaruh. Blogger pula merujuk kepada individu yang mengendalikan Blog.

PAS memandang positif kewujudan blog sebagai medium bagi menghadapi peperangan siber disamping menyebarkan dakwah. Namun kebanyakan blogger PAS yang ada, tumbuh meliar tanpa panduan dari peringkat kepimpinan PAS hingga menjadikan dunia blog sebagai medan yang mendatangkan kerugian kepada PAS.

Maka satu konvensyen Blog dicadang untuk diadakan bagi mengenal pasti blogger sebenar PAS dan memberikan perkongsian maklumat serta panduan berguna untuk mereka memberikan sumbangan yang lebih bermakna buat PAS.

Objektif

1. Menghimpunkan dan mewujudkan Kelab Blogger PAS yang aktif
2. Memberikan kefahaman tanggungjawab dan hala tuju Blogger PAS

Tarikh : 20 Disember 2009
Tempat : Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar
Masa : 8.00 pagi-1.00 petang
Pendaftaran : RM10.00 seorang


lanjut kilk disini...

* Jelas akak lihat PAS seperti sekutunya mengiktiraf Bloggers tidak seperti UMNO mahupun kerajaan Barisan Nasional di Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Akak tidak dibayar untuk menulis blog. Akak menulis atas fakta, namun resam manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Maka maafkanlah andai ada hati yang terluka hanya kerana coretan ini.