Sabtu, 19 Disember 2009

BLOGGERs ANAK BAPAK PANAS PONGGONG!

Gencatan senjata oleh bloggers pro KJ membuktikan bahawa mereka menyokong RESOLUSI BPN. Akak bangga dengan semangat SETIAKAWAN mereka yang secara terang-terangan berjuang atas satu pasukan. Walaupun di caci, di hina dengan perkataan - perkataan kotor lagi lucah, namun bloggers pro KJ tidak mudah melatah. Mereka tetap berjuang dalam pasukan dan membuat sesuatu tindakan dengan slogan BERFIKIR SEBELUM BUAT.

Akak suka melihat bloggers pro KJ ini kerana mereka secara terang-terangan mengaku mereka menyokong YB Khairi Jamaluddin. Akak lihat gerakan mereka cukup teratur dan jelas mereka bukan dibayar untuk mengaku mereka ini pro kepada Khairi Jamaluddin. Berbeza dengan bloggers lain yang secara terangan menyerang luar dan dalam peribadi KJ. Puak ini akan terus menyerang KJ dengan kata-kata berbau lucah lagi hina tanpa mengira waktu, dalam masa yang sama mereka mengangkat Dato' Mukriz. Tapi ada musykil yang bermain dalam fikiran akak. Kalau mereka ini pro kepada Mukriz kenapa mereka tidak mahu mengaku? Dan kenapa setiap pergerakan dan tindakan blogger pro KJ akan mereka ikuti dengan minat seterusnya COPY AND PASTE. Ini membuktikan bahawa blogger sebergini dibayar dan menjadikan blog mereka sebagai sumber pendapatan. Dan yang akak pasti ada dua sahaja bloggers hardcore kepada Mukriz tetapi permainan mereka seolah-olah mewakili berpuluh malahan beratus bloggers yang membenci kepada Kepimpinan KJ. Kalau Bro Jinggo boleh berjaya membuat gencatan senjata oleh bloggers pro KJ, bagaimana dengan bloggers pro Mukriz?

Kesimpulan yang boleh akak berikan adalah macamana parpukari dan bigdog nak mengarahkan blogger-blogger pro Mukriz membuat gencatan senjata kerana team mereka hanya sekitar mungkin tak sampai 10 bloggers berbanding bloggers pro KJ mencecah beratus malahan dalam facebook KJFC sudah mencecah lebih 4000 orang berbanding Mukriz FC belum mencecah 20 orang.

Persoalannya kepada bloggers pro Mukriz khasnya parpukari dan Mr. Big Dog, Kalau kalian menyatakan KJ anak emak. Muriz pula anak siapa? Bukan ANAK BAPAK? Nak berkempen pilihanraya guna BAPAK, nak kempen Ketua Pemuda Malaysia guna BAPAK, nak jadi Menteri guna BAPAK dan sekarang dah dapat jadi Menteri takkan nak buat kerja pun nak guna BAPAK?

PELIK BUKAN!!!

Khamis, 17 Disember 2009

BAU PARPU SUDAH SAMPAI KE KEDAH

Pagi tadi akak pergi mengikut teman ke Pejabat JASA Perak yang berada di Bangunan UMNO Perak. Mengambil kesempatan akak melabuhkan diri di Pejabat UMNO Negeri bukan apa saja mencari story yang terbaik untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Akak bertanya berkenaan konvensyen yang dijangka berlangsung pada 09 Januari depan, seterusnya akan cari isu, adakah benar parpukari punya jawatan di UMNO Perak? Akhirnya khabar angin yang akak terima kelmarin adalah benar belaka, parpukari bertaraf PEGAWAI di UMNO Perak dan diberi elaun sebanyak RM sebulan.

Sumber akak dapat memaklumkan bahawa parpukari punya KEKEBALAN yang tidak boleh dipertikaikan lagi, patutlah ketika bloggers Perak terkapai-kapai hampir lemas, UMNO Perak langsung tidak pandang sedangkan bloggers tersebut adalah PEMBELA NEGARA. Mungkin kerana semua pelampung yang ada telah menutupi tubuh parpukari yang gebu itu.

Kalau di Pusat, tauke parpukari adalah Dato' Mukriz. Di Perak pula lagi hebat, tauke parpukari antaranya Hamdan Talha (kenal), Nizam (tak kenal), YB Midah (kenal sangat kerana kalau 10 janjinya hanya 3 tertunai) dan ramai lagi... Kini bila merasakan dirinya gagal untuk melagakan bloggers-bloggers di Perak, parpukari beralih arah ke negeri Kedah.

Kenapa parpukari nie? Kenapa suka melagakan sesama bloggers? Kita berperang dengan PENDERHAKA BANGSA dan janganlah parpu pula bersekongkol untuk menghancurkan BANGSA MELAYU.

Apa sudah jadi dengan UMNO Perak?

Selasa, 15 Disember 2009

Perak...Oh... Perak.

Tahniah akhirnya Konvensyen UMNO Perak akan juga dilaksanakan pada 09 Januari 2010. Ada pula jemput bloggers. Akak pun hadir juga, cuma akan akan hadir atas tiket Puteri Bahagian. Namun terkejut akan bila terbaca beberapa blog yang memainkan isu puak dalam membezakan kumpulan-kumpulan masing-masing sehingga mengakibatkan beberapa blog menamatkan karier mereka hanya kerana kecewa dengan sikap beberapa bloggers ini. Akak siasat di mana puncanya, akhirnya akak dapat membuat rumusan. Isunya lebih kepada Bloggers Mukriz dengan bloggers KJ. Nasib baik dalam Organisasi Puteri Malaysia tidak terjadi sebegini.

Parpukari yang akak kenali sebagai bloggers copy & paste. Juga ada segelintir blog yang menyatakan beliau adalah pencacai. Kalau baca dalam blognya seolah-olah parpukarilah orang yang paling layak untuk diangkat sebagai PEMIMPIN, kerana bagi parpu apa yang beliau kata adalah BENAR-BENAR belaka. Parpu menghentam YB Hj KJ sejak dari musim kempen percalunan Ketua Pemuda lagi hingga sekarang. Tiada angin, tiada ribut tapi setiap hari ada sahaja luahan rasa tidak puas hatinya menghentam KJ yang akhirnya dari akak tidak mangambil tahu siapa YB Hj. KJ akhirnya membuat akak minat kepada Ketua Pemuda Malaysia yang senantiasa cool dan tidak cepat melatah.

Berbalik kepada kesimpulan cerita tadi, rata-rata blog pro KJ (sepertimana yang parpu katakan) yang akak lawati melahirkan rasa tidak senang dengan pernulisan parpukari dan bila melihat blog-blog pro kepada Mukriz dapat dilihat ayat yang mereka tulis semuanya 80% senada. Seolah-olah serangan kepada YB Hj. KJ dan bloggers pro KJ ini adalah suatu perancangan yang rapi dan BERBAYAR. Akak sendiri ada mendengar dari seorang sahabat yang rapat dengan anak VIP ini menyatakan bahawa parpu di bayar RM****.00 sebulan semata-mata untuk memberi tekanan kepada YB Hj. KJ dalam mentadbir Pemuda UMNO Malaysia. HINA SUNGGUH KERJA MU itu parpu.

Kini di Perak pula bloggers telah berpecah, akak lihat bloggers otai sekupangdua telah mengundur diri di ikuti promelayu. Parpu lupa atau sudah lupa diri bahawa sekupangdualah yang membawa parpu popular di Perak? Jangan jadi seperti pisang yang lupakan kulit, kalau di buang merata orang terpijak akan terjatuh. Akak juga dengar parpukari punya jawatan penting dalam UMNO Perak, YAB Dato' Seri, izinkan saya bertanya. Berapa harga dibayar sebulan kepada pencacai parpukari atas jawatannya itu? Akak tahu parpu anak kelahiran Perak, kalau tak silap Batu Gajah. Tapi sebagai bloggers yang juga anak Perak, akak merasakan amat MEMALUKAN bila bloggers seperti pelucah ini adalah anak Perak. Yang pasti dari kalangan bloggers di Perak mulai terasa kehilangan otai sekupangdua. Buat sekuapangdua, kembalilah aktif dan kami tetap akan bersama saudara. Kami bersatu kerana sekupangdua dan kami berpecah kerana PARPUKARI.

Wasalam.

* UMNO Perak kenapa berdiam diri? Adakah menunggu kudis menjadi barah baru hendak bertindak?

Selasa, 17 November 2009

Konvensyen Bloggers PAS ( BLOGGERs umno bila pula nak di panggil)

Muqadimah

Blog merupakan medium alternatif terpenting yang memberikan kelebihan kepada mana-mana individu, kumpulan dan organisasi bagi membina imej dan pengaruh. Blogger pula merujuk kepada individu yang mengendalikan Blog.

PAS memandang positif kewujudan blog sebagai medium bagi menghadapi peperangan siber disamping menyebarkan dakwah. Namun kebanyakan blogger PAS yang ada, tumbuh meliar tanpa panduan dari peringkat kepimpinan PAS hingga menjadikan dunia blog sebagai medan yang mendatangkan kerugian kepada PAS.

Maka satu konvensyen Blog dicadang untuk diadakan bagi mengenal pasti blogger sebenar PAS dan memberikan perkongsian maklumat serta panduan berguna untuk mereka memberikan sumbangan yang lebih bermakna buat PAS.

Objektif

1. Menghimpunkan dan mewujudkan Kelab Blogger PAS yang aktif
2. Memberikan kefahaman tanggungjawab dan hala tuju Blogger PAS

Tarikh : 20 Disember 2009
Tempat : Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar
Masa : 8.00 pagi-1.00 petang
Pendaftaran : RM10.00 seorang


lanjut kilk disini...

* Jelas akak lihat PAS seperti sekutunya mengiktiraf Bloggers tidak seperti UMNO mahupun kerajaan Barisan Nasional di Perak.

Isnin, 2 November 2009

LAGI BANGUNAN KEBANGAAN PKR DI PERAK ( kata sekupangdua )

Terpanggil disebabkan satu banner yang terpampang 'ROYAL CINA' di tepi jalan gopeng, malah bersebelahan BANGUNAN UMNO PERAK. Rasanya semua patut tahu, Memang ada cerita samseng berkaitan bangunan tersebut. Tak jadi heran dengan sikap pembangkang yang suka sangat buat pejabat berdekatan dengan bangunan mungkin tengah brebut .... kot-kot siapa dulu dia dapat jadi Menteri Besar angan-angan, nampaknya kalau macam ni PAS kalah teruk ler..., mana taknya di depan bangunan SUK Negeri Perak pun PAS dah kira knok out (KO). tiga bangunan PKR, DAP dan PAS bersaing. DAP yang cerdik... ha hahaha yang terbaru bukti PAS sebagai pencacai atau mat anguk-anguk bila sembahyang hajat pun buat kat bangunan DAP, kehalnya buan jauh sangat mesjid Negerimalah bangunanpas sendiri pun tak sampai seratus kaki dari pejabat DAP. rasanya akan ada nanti nga ngeh akan panggil alhusyinn jadi imam lagi dan lead majlis tahlil utk bangunan DAP.
Apa punmemang kurang hajarbila sesuka hati namakan ROYAL CINA, menghinakedaulatan Sultan dan Raja, tapi sebenarnya kalau dahsamseng bang nuar ni diaorang apa nak takut sebab PAS bertindak sebagai melayu angguk dengan mereka, berani angkat muka kalu? pakat lebuh ler.... Bangunan kepunyaan si adik kepada seorang ahli perniagaan cina yang tersohor, dan disebaliknya dia jugalah yang jadi orang kuat yang membantu membangunkan (FUNDER) Ibu pejabat PKR di Damansara. tu sebab dia tak takut apa pun. dan yang jelas perniagaan mereka mahsyur dan gah... semua orang kenal... terutama taiko-taiko siapa boleh challange (lawan) industri Kelab, Jackpot, perempuan srta perjudian. kita tunggu lak apa perniagaan yang akan di lancarkan kat bangunan sebesar itu. Buat PAS yang cerita tentang hukum dan tuduh orang kafir dan rasuah... tidak ker nak tegur, takkan dah ada partner yang boleh di rasuah negeri perak 11 bulan bila memerintah takut hilang telur dan mengeletar satu badan bila dia cuma gertak heaaappppp! rasanya mau terkencing dalam seluar. jadi rasanya pada PAS jangan sembang ler pasal islamyang korang pergunakan sebagai tiket perjuangan untuk menarik simpati umat islam terutama Rakyat Perak SENDIRI... TAKBIR!

* Terkejut akak bila terbacakan isu ini di blog sekupangdua. Ke mana perginya semua BLOGGERs PERAK? Adakah bagi kalian isu "ROYAL CHINA" adalah isu yang remeh? Atau kalian tidak DIBAYAR untuk membawa isu ini? Akak dengan ikhlas mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada sekupangdua atas pendedahan tersebut. Cuma pembetulan dari akak bahawa bangunan tersebut adalah milik orang kuat DAP Perak. PKR dan PAS cuma menumpang sahaja. Saranan akak agar semua pihak terutamanya MBI dan Jabatan Agama Islam Perak mengambil tindakan sebelum terjadinya LAS VEGAS di bandaraya Ipoh ini. Mana tidaknya antara hiburan yang akan disediakan disana adalah spa, perjudian, dan yang menjadi minat segelintir lelaki durjana iaitu PERLACURAN. Molek sangatlah bila ianya berdiri megah bersebelahan Bangunan UMNO Perak. Pemuda Melayu kenapa membisu? Saudara Maslin ( Ketua Pemuda UMNo Perak ) dan Putera ( Ketua Pemuda Ipoh Barat ) tak nampak ker? Atau kalian sengaja menutup sebelah mata dengan harapan agar dapat jadi ahli tanpa perlu membuat bayaran? Kalau semuanya bukan, ayuh ambil tindakan segera wahai PEMUDA PERAK.

Ahad, 4 Oktober 2009

Puteri ambil perhatian...

Ambil perhatian semua Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Negeri Perak khasnya Pn. Salbiah selaku Ketua Pergerakan Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan.

Akak ada terbaca blog pembangkang yang pukul satu macam program Deko Puteri Tambun (klik sini) yang dirasmikan oleh YB Setiausaha Kerja UMNo Perak siapa lagi kalau bukan YB Nazri Ismail. Kata jurucakap program tersebut rumah ibu tunggal itu akan siap sebelum syawal nah sampai sekarang cuma dinding belah depan jer yang di cat pink selebihnya HARAM. Kot ye nak buat program deko macam Puteri Gopeng (klik) tu buatlah bersungguh-sungguh jangan hangat tahi ayam. Sekarang blog pembangkang dah jadikannya isu. Siapa malu????????

Adik-adik puteri ni kalau nak cari publisiti pun buatlah dengan cara betul. Ini tidak, sekarang ibu tunggal tersebut dah adu pada Pakatan Pembangkang so siap la dengan fakta-fakta yang bernas untuk menangkis isu yang mula hangat di blog-blog pembangkang. Memalukan sungguh, akak smlm pergi le ke rumah ibu tunggal tersebut.

Memang memalukan bila ibu tunggal tersebut menyatakan bahawa rumahnya di jadikan tempat majlis perasmian tersebut dan sebelum itu makcik tersebut dah menyatakan bahawa rumah tersebut harus di baikpulih bukan untuk di cat tapi Puteri Tambun hendak juga meneruskan niat mereka untuk memalukan UMNO Perak.

Sekarang siapa mahu jawab? Kalau gagal nak pimpin Puteri Perak letak je jawatan tu tak payah nak melobi dan ampu exco bermodalkan " saya ni Ketua Puteri Bahagian Tajol Rosli bekas MB Perak". Dah basi ayat tu adik Oiii.

Isnin, 14 September 2009

Peraduan Teka Nilai T-Shirt

Hahahahaha........
Ramai yang menunggu terjahan terkini akak kan. Maaflah kerana lewat update blog. Ni semua kerana abg botak@Jeff. Kenapa? Biarlah rahsia.....

Tapi kesian ler kalau hari-hari abg botak @ Jeff yang kena bantai. Macamlah dia seorang je yang menjadi liabiliti kepada UMNO Perak, walhal ada dua tiga orang lagi yang terlibat. Agaknyalah....


Ini ceritanya....
Agak-agak berapa nilai T-Shirt di atas? RM 10, RM 15?
Entahlah hanya yang menempah dan penjual saje yang tahu. Tapi yang akak dapat cerita T-Shirt ni yang berjenama RIGHTWAY sport di klim pada UMNO Perak dengan nilai RM 20.00 untuk 500 ke 600 helai ( nak tepat jumlah helaiannya tanya pada pentadbiran Pemuda UMNO Perak ). Mahalkan? Kalau jenama POLO ker atau jenama sukan takpalah juga.

Anyway, akak memohon agar ditubuhkan SURUHANJAYA DIRAJA dalam menyiasat perkara ini.... huah..huah..huah.... kerana bukan apa, sebelum bintat menjadi kudis dan kudis menjadi barah biarlah kita sedarkan mereka yang dah terlajak jalan menuju ke kemungkaran supaya kembali ke pangkal jalan. Susah - susah sangat, akak tawarkan diri bersama team Perak Bangkit dalam menjadi jawatankuasa dalam suruhanjaya tersebut ( kalau ada elaun lagi mendalam kami bongkarkan )

Khamis, 10 September 2009

Ini Cerita Baru Dan Terbaru....

Akak baru dapat call dari adik-adik akak ditown. Mereka kata program UMNO nak buat konvoi esok ke Lumut di kecilkan jumlah penyertaan dari 260 kereta ( geng-geng akak termasuk ler club akak KENARI ) kepada 100 buah. Kesian semua tak dapat pergi.

Ini mesti kerje si abang botak @ Jeff yang tak ada hati perut. Baru nak seronok join UMNO dah buat tahi bagi orang membenci. Akak tak paham ngan UMNO Perak ni, sejak ada abang botak @ Jeff di sana ada jer citer yang akak dengar. APA TAK CUKUP KER LAGI DUIT RAYA?

Pada geng-geng yang tak dapat pergi, akak sarankan mari kita berkumpul ramai-ramai di sepanjang laluan konvoi ini. Kita pakat kira berapa bijik kereta yang ikut pastu kita siasat berapa bajet mereka klim pastu kita jumpa Nizar pakat konvoi pula ngan dia. Apa kisah YAB MB Zambry kita bukannya ada di sini, dengar citer YAB pergi mengerjakan UMRAH. Tu yang si abang botak @ Jeff seronok kumpulkan DUIT RAYA.

Ala Jeff berapa sangat yang kau dapat berbanding DOSA yang kami lemparkan kerana tak dapat join sama ke Lumut. Jelas abang botak @ Jeff telah mengecewakan kami semua untuk turut sama menyokong konvoi ini demi AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

Akak akan terus membongkar segala cerita di sebalik program ini. Terjah adalah kerja akak.

HIDUP KENARIAN CLUB walau tanpa abang botak @ Jeff kami tetap berada di atas jalan.

SIAPA LIABILITI DALAM PEMUDA UMNO PERAK



Akak dengar citer, Pemuda UMNO Perak kini punya SUK Pemudanya yang baru. Klu tak silap akak ler Jeff namanya @ abang BOTAK. Adik akak kelmarin kenalkan akak pada dia, Wow bergetah uuuuuuu......... namun ada juga citer yang tak syok akak dengar.
Si abg botak @ Jeff ni rupanya LIABILITI kepada Pemuda UMNO Perak rupanya. Mana tidaknya, bisik-bisik di telinga akak menyatakan, belum cukup sebulan dia jadi SUK Pemuda abis semua projek serta program dia nak handle. Haru biru budak hitam ni...........

Akak dengar juga yang si abang botak @ Jeff ni pandai dalam susun atau mengambil kesempatan. Bab komisyen tu pandai-pandai ler adik-adik akak bayangkan. Tak kuasa akak nak ngira. Mungkin tak cukup lagi duit rayanya kot.

Bisik ditelinga akak juga menyatakan si abang botak @ Jeff ni bukan pilihan utama untuk jawatan SUK Pemuda Perak, tapi entah ler mungkin ini namanya kalau ada pengaruh dapat ler jawatan tu. Patut ler sejak dua menjak ni Pemuda UMNo Perak mendung memanjang rupanya dah ada liabiliti dalam pemuda perak ye.....

Untuk anak muda ni ingat ler, jangan kerana perak baru di ambil alih oleh UMNO/BN, korang dengan rakusnya nak bolot semua yang ada..........


Salam dari akak kome..... Untuk Abang Botak @ Jeff, GERAM nyerrrrrrrrrrr akak pada kau dik.

Khamis, 30 Julai 2009

KERANA SATU " KLIK " MALAPETAKA BERTERUSAN DITERIMA HINGGA HARI KIAMAT.

Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan email hampir ada pada setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan termasuk kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti. Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan email ini menjadi semakin popular. Pernahkah kita terfikir dengan satu “KLIK” sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat. Apa yang penulis akan bincangkan adalah berdasarkan dua buah Hadis Sahih berikut.

Mahfumnya::

Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. : “Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu, mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah.”

(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah kisah pembunuhan Qabil terhadap Habil kerana Qabil dengki terhadap Habil yang berkahwin dengan kembarnya yang lebih cantik.

Mahfumnya:

Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun.

(Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

Bagi memudahkan kefahaman akan maksud hadis-hadis di atas dan berkaitan dengan konteks kehidupan kita pada zaman ICT ini, mari kita ambil iktibar dari kisah berikut. Zack baharu tamat belajar di sebuah universiti kemudian di terima bekerja di sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja dibekalkan dengan komputer, alamat email dan internet akses bagi memudahkan urusan kerja seharian. Zack mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui email setiap hari. Masa lapang Zack diisi dengan melayari laman web lucah. Kegemarannya ialah memuat turun (download) gambar-gambar lucah itu kemudian berkongsi dengan kawan-kawannya melalui email. Dia mempunyai “email group” dan ada 50 alamat email kawan-kawannya di dalam “emailgroup” tersebut. Sekali menghantar email, dia akan menghantar kepada “emailgroup” tersebut.

Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula email yang diterima daripada rakan yang lain ke “emailgroup”. Di antara kandungan email itu adalah kisah-kisah yang mengaibkan seseorang seperti video klip bercium di dalam lif, kisah seluar dalam yang dijumpai di dalam periuk di restoran mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya adalah perkara-perkara yang nafsu kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi hukumnya adalah jelas haram di sisi syariat Islam.

Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Zack terlibat dengan kemalangan jalanraya dan kembali kerahmatullah di tempat kejadian. Di dalam Islam telah sepakat ulama’ bahawa hukum melihat gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah haram serta berdosa kepada mereka yang melakukannya dan menyebarkannya.

Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack telah mendapat satu dosa kerana menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya. Gambar tersebut diterima oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email. Kesemua kawan-kawannya seronok dengan gambar tersebut dan meredai perbuatan Zack maka setiap kawannya mendapat satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga diberikan kepada Zack jadilah sekarang dosa Zack 1+50 = 51.

Setiap kawan-kawan Zack itu pula menghantar gambar tersebut kepada 10 orang lagi, maka sekarang dosa Zack akan bertambah lagi menjadi 1+50+500=551 dosa. Kemudian setiap sepuluh orang itu menghantar lagi kepada 10 orang yang lain, bertambahlah dosa Zack menjadi 1+50+500=5551. Begitulah seterusnya.

3. Zack telah meninggal dunia, email nya masih lagi tersebar, maka akan berterusanlah dia mendapat dosa selagi email itu berlegar di ruang cyber hingga hari kiamat. Begitulah iktibar yang boleh diambil daripada apa yang berlaku kepada Qabil, setiap jiwa yang mati dibunuh kerana hasad dengki manusia, maka dosa membunuh itu akan juga sampai kepada Qabil hingga hari kiamat. Bayangkanlah berapa ramaikah jiwa yang telah kena bunuh dengan zalim sejak dari zaman nabi Adam hingga sekarang? Dan berapakah dosa yang terpaksa ditanggung oleh Qabil di akhirat kelak?

Berbalik kepada kisah Zack, katakan sebelum meninggal dunia, Zack telah sempat bertaubat, insya’Allah dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan puasa, zakat dan solat fardu akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita. Zack telah menyebarkan perkara yang menyebabkan orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan semua yang menerima email tersebut? Selagi mereka semua tidak mengampunkan Zack, maka selagi itulah dia akan terima dosa hingga kiamat kelak. Inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita.

Sebab itu setiap kali apabila kita menerima email, hendaklah berhati-hati, jika kandungan email itu adalah gambar lucah atau yang mengaibkan seseorang muslim lain atau sesuatu fitnah hendaklah segera dibuang dan jangan ada sedetik pun didalam hati untuk seronok dengan benda yang haram bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa.Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram, nasihatkanlah pengirim supaya bertaubat dan berhati-hati di masa-masa akan datang. Sebaliknya jika kita menyebarkan perkara-perkara yang baik dan diredai oleh Allah SWT yang pastinya ganjaran pahala yang di terima pasti mencurah-curah selagi ia masih terus disebarkan.

Wallahhu’alam....