Khamis, 17 Disember 2009

BAU PARPU SUDAH SAMPAI KE KEDAH

Pagi tadi akak pergi mengikut teman ke Pejabat JASA Perak yang berada di Bangunan UMNO Perak. Mengambil kesempatan akak melabuhkan diri di Pejabat UMNO Negeri bukan apa saja mencari story yang terbaik untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Akak bertanya berkenaan konvensyen yang dijangka berlangsung pada 09 Januari depan, seterusnya akan cari isu, adakah benar parpukari punya jawatan di UMNO Perak? Akhirnya khabar angin yang akak terima kelmarin adalah benar belaka, parpukari bertaraf PEGAWAI di UMNO Perak dan diberi elaun sebanyak RM sebulan.

Sumber akak dapat memaklumkan bahawa parpukari punya KEKEBALAN yang tidak boleh dipertikaikan lagi, patutlah ketika bloggers Perak terkapai-kapai hampir lemas, UMNO Perak langsung tidak pandang sedangkan bloggers tersebut adalah PEMBELA NEGARA. Mungkin kerana semua pelampung yang ada telah menutupi tubuh parpukari yang gebu itu.

Kalau di Pusat, tauke parpukari adalah Dato' Mukriz. Di Perak pula lagi hebat, tauke parpukari antaranya Hamdan Talha (kenal), Nizam (tak kenal), YB Midah (kenal sangat kerana kalau 10 janjinya hanya 3 tertunai) dan ramai lagi... Kini bila merasakan dirinya gagal untuk melagakan bloggers-bloggers di Perak, parpukari beralih arah ke negeri Kedah.

Kenapa parpukari nie? Kenapa suka melagakan sesama bloggers? Kita berperang dengan PENDERHAKA BANGSA dan janganlah parpu pula bersekongkol untuk menghancurkan BANGSA MELAYU.

Apa sudah jadi dengan UMNO Perak?

1 ulasan:

Akak tidak dibayar untuk menulis blog. Akak menulis atas fakta, namun resam manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Maka maafkanlah andai ada hati yang terluka hanya kerana coretan ini.