Sabtu, 19 Disember 2009

BLOGGERs ANAK BAPAK PANAS PONGGONG!

Gencatan senjata oleh bloggers pro KJ membuktikan bahawa mereka menyokong RESOLUSI BPN. Akak bangga dengan semangat SETIAKAWAN mereka yang secara terang-terangan berjuang atas satu pasukan. Walaupun di caci, di hina dengan perkataan - perkataan kotor lagi lucah, namun bloggers pro KJ tidak mudah melatah. Mereka tetap berjuang dalam pasukan dan membuat sesuatu tindakan dengan slogan BERFIKIR SEBELUM BUAT.

Akak suka melihat bloggers pro KJ ini kerana mereka secara terang-terangan mengaku mereka menyokong YB Khairi Jamaluddin. Akak lihat gerakan mereka cukup teratur dan jelas mereka bukan dibayar untuk mengaku mereka ini pro kepada Khairi Jamaluddin. Berbeza dengan bloggers lain yang secara terangan menyerang luar dan dalam peribadi KJ. Puak ini akan terus menyerang KJ dengan kata-kata berbau lucah lagi hina tanpa mengira waktu, dalam masa yang sama mereka mengangkat Dato' Mukriz. Tapi ada musykil yang bermain dalam fikiran akak. Kalau mereka ini pro kepada Mukriz kenapa mereka tidak mahu mengaku? Dan kenapa setiap pergerakan dan tindakan blogger pro KJ akan mereka ikuti dengan minat seterusnya COPY AND PASTE. Ini membuktikan bahawa blogger sebergini dibayar dan menjadikan blog mereka sebagai sumber pendapatan. Dan yang akak pasti ada dua sahaja bloggers hardcore kepada Mukriz tetapi permainan mereka seolah-olah mewakili berpuluh malahan beratus bloggers yang membenci kepada Kepimpinan KJ. Kalau Bro Jinggo boleh berjaya membuat gencatan senjata oleh bloggers pro KJ, bagaimana dengan bloggers pro Mukriz?

Kesimpulan yang boleh akak berikan adalah macamana parpukari dan bigdog nak mengarahkan blogger-blogger pro Mukriz membuat gencatan senjata kerana team mereka hanya sekitar mungkin tak sampai 10 bloggers berbanding bloggers pro KJ mencecah beratus malahan dalam facebook KJFC sudah mencecah lebih 4000 orang berbanding Mukriz FC belum mencecah 20 orang.

Persoalannya kepada bloggers pro Mukriz khasnya parpukari dan Mr. Big Dog, Kalau kalian menyatakan KJ anak emak. Muriz pula anak siapa? Bukan ANAK BAPAK? Nak berkempen pilihanraya guna BAPAK, nak kempen Ketua Pemuda Malaysia guna BAPAK, nak jadi Menteri guna BAPAK dan sekarang dah dapat jadi Menteri takkan nak buat kerja pun nak guna BAPAK?

PELIK BUKAN!!!

3 ulasan:

  1. Salam...akak ke..abang ke...tak taula...sbb bloggers ni pun bukan kita blh tahu jantinanyer kan...sbb, sumber yang sy dpt tau, AKAK ni sebenarnyer lelaki...

    kata tak mahu berpuak-puak...berjuang kerana bangsa yang satu...kerana perjuangan melayu...tak paham saya...tak pun...akak ni dibayar juga kot...mesti banyak yang spedo...

    saya baru je lepas log out dari facebook...kalau ikut cakap akak dalam artikel akak ni...facebook Mukhriz fc belum mencecah 20 orang...terkejut juga saya...akak rabun ke buta...sebabnyer...yang saya nampak dalam 2000 lebih...memang la kjfc punya fans melebihi...tp...riak bunyinyer...bukan tu saja...saya rasa...jangan akak tengok on one side...ada masuk tgk fan page ni tak? I bet i can find 10,000 people who hate khairy jamaluddin...Untuk pengetahun akak...target dieorang 10k org...tp...fan die dah melebihi dr target die kak...ish.ish.ish...apa nak cakap lagi?lain kali...sebelum cakap pikir panjang-panjang kak...

    BalasPadam
  2. SALAM PERKENALAN..

    ARTIKEL YANG BAIK..

    OH YE..BOLEH TOLONG NAK BUAT LOAN TAK..? hehe..

    BalasPadam
  3. nak buat gencatan dari mendedahkan KJ?

    Baca ni>> http://wengerkhairy.blogspot.com/

    Blog ni selama ini menunjukkan sokongan kuat kepada KJ dan rujukan untuk KJFC, sekarang sokongan kepada Anwar Ibrahim pulak.

    Senang sangat kamu ni ditipu KJ... MASIH NAK IKUT GENCATAN SI JINGGO TU?

    BalasPadam

Akak tidak dibayar untuk menulis blog. Akak menulis atas fakta, namun resam manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Maka maafkanlah andai ada hati yang terluka hanya kerana coretan ini.