Sabtu, 27 Mac 2010

POLIMIK POLITIK PERAK - Berakhirkah sudah?

Kurang 53 jam lagi Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak akan berlangsung. Tumpuan semestinya kepada dua insan yang mengaku dirinya SPEAKER. Namun, akal kita mampu berfikir mana satu yang SAH dan mana satu yang GILA.

Kenyataan YAB. Menteri Besar dengan meminta semua agar menamatkan polimik politik Perak seharusnya di sokong. Mengapa perlu di pertikaikan setelah Mahkamah Persekutuan pada 09 Februari 2010 dengan sebulat suara panel hakim mengesahakan bahawa perlantikan YAB Dato' Seri Dr. Zambry oleh DYMM SultanPerak adalah sah mengikut Perlembagaan.

Pakatan Rakyat dilihat terlalu mendahulukan KUASA dan JAWATAN dari mendahulukan RAKYAT. Mereka sanggup menidakkan kepentingan kepada rakyat demi memastikan impian mereka kembali bertaut.

Akak tidak mahu mengulas panjang berkenaan cita-cita dan impian juga corak kerja PASUKAN GILA TALAK (Pakatan Rakyat) ini. Cukuplah YB Nizar seorang saja orang politik dari kalangan MELAYU di Perak yang GILA asal bukan kita.

Akak suka melihat pendekatan yang telah di bawa oleh YAB Dato' Seri Menteri Besar kita, iaitu pendekatan 3P, RAKYAT " DISANTUNI " , pendekatan 3P yang dimaksudkan adalah PADANG, PERASAAN dan PENGISIAN. Sekiranya dihurai maka percayalah tentu dari minat pembaca akakakan boring hanya kerana penghuraiannya amatlah panjang. Jadi pandai-pandailah anda cari akan makna 3P tersebut.

Setahun melayari arus sebagai Menteri Besar Perak bukan suatu tugas yang mudah tanpa sokongan dari semua pihak dan doa dari rakyat yang cintakan keamanan. Percayalah andai kekuatan, amanah serta niat yang baik ada di dalam diri setiap insan di muka bumi Perak ini, maka amanlah serta sejahteralah PERAK DARUL RIDZUAN.

Namun 1 YAB Dato' Seri, saya cadangkan agar kedudukan Exco Perak dikaji semula khasnya kepada yang telah TERLALU LAMA memegang jawatan exco namun prestasi mereka tetap pada tahap yang hanya memuaskan bukan cemerlang. Jangan sehingga rakyat yang menjatuhkan hukum mereka sendiri kerana kelak yang rugi adalah BARISAN NASIONAL dan yang malang adalah MELAYU.

Salam 1 Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Akak tidak dibayar untuk menulis blog. Akak menulis atas fakta, namun resam manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Maka maafkanlah andai ada hati yang terluka hanya kerana coretan ini.