
Tahniah kepada saudara Nizam Isa, sesungguhnya apa yang saudara buat telah mengembalikan penyatuan kepada bloggers dalam negeri Perak. Cuma satu akak minta, jangan untuk kali yang kedua saudara Nizam tersalah mencari peneraju kepada bloggers dalam Perak.
Perjuangan kita belum selesai, bergitu juga di alam cyber ini. Pakatan Haram masih menyebarkan fitnah-fitnah dan membuat provokasi di arus media elektronik dan media massa dalam usaha terdesak mereka meraih undi dari rakyat. Di situlah nanti peranan bloggers amat diperlukan dalam menangkis fitnah serta provok tersebut.
Dikesempatan ini, akak memohon maaf kepada saudara Nizam Isa kerana selama ini dalam memperjuangkan penyikiran parpukari dari Perak membuatkan akak sering mempertikaikan kewibawaan Nizam Isa dalam menjadi Pegawai Media kepada YAB Menteri Besar Perak. Nizam seharusnya dari awal mengambil serius kata majoriti khasnya bloggers. Kerana bloggers sememangnya amat rapat dengan orang-orang media seperti Nizam Isa.

* promelayu, adalah blogger pertama dalam Perak yang berani mengutarakan / mempersoalkan peranan parpukari di Perak. Namun kemana perginya promelayu kini? Agak lama juga beliau menyepi.....?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Akak tidak dibayar untuk menulis blog. Akak menulis atas fakta, namun resam manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Maka maafkanlah andai ada hati yang terluka hanya kerana coretan ini.