Isnin, 8 November 2010

Parpukari, Zahid Md Arip dan Hamdan Taha Tiada Kaitan Dengan Dr Zambry lah!


Lama sudah akak tidak menulis artikel di blog ini, tapi kerana panas hati akak gagahkan juga......................

Nampaknya blogger tersohor seantero Tanah Melayu iaitu Parpukari dikatakan dibiayai oleh Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan Dr. Zambry Abd, Kadir. Bila terbaca mengenai Parpukari dikaitkan dengan Dr. Zambry Abd Kadir, akak terus mendapatkan maklumat daripada rakan untuk mendapatkan kesahihan berita ini, malah ada pihak yang mendakwa Dr.Zambry mengupah khas Parpukari untuk menjatuhkan Khairy Jamaluddin. Ini akak baca dari sebuah blog, penulis mengatakan seperti berikut :

"Akhirnya penipuan ini dapat juga dibuktikan yang mana tuduhan ini sebenarnya fitnah yang kotor yang dilakukan dengan niat jahat untuk menjatuhkan seorang pemimpin. Mungkin sehingga hari ini tuhan masih menyanyang pemimpin ini dan walaupun hari hari penulis anjing upahan Mukhriz dan juga Menteri Besar Perak Dr Zambri ini cuba menjatuhkan Khairy Jamaluddin , Khairy tetap utuh dan terus melaksana kan tugasnya dengan baik dan sehingga hari ini pemuda UMNO tetap bergerak ke hadapan dengan banyak program program dan akhirnya membuktikan bahawa Pemudfa UMNO berjaya membantu memenangkan PRK Galas dan Batu Sapi dengan baik nya."

Untuk bacaan lanjut boleh klik sini

Akak tidak mahu menyanggah mengenai hal -hal yang lain, akak cuma ingin mendapatkan kepastikan mengenai sejauh mana kebenaran yang Parpukari diupah oleh Dr.Zambry? Nampaknya masalah yang melanda golongan "pro Mukhriz" dan "pro KJ" turut memalitkan nama Menteri Besar Perak. Bagi akak dakwaan ini adalah satu dakwaan yang tidak masuk akal, malah dakwaan sebegini boleh melaga - lagakan Dr. Zambry dengan Mukhriz Mahathir dan Khairy Jamaluddin.

Kenapa dakwaan ini akak mengatakan tidak masuk akal? Untuk pengetahuan semua, Parpukari atau Salim sudah lama dibuang dan sudah tidak lagi berada di bawah "bloggers perak". Hal ini di sahkan sendiri oleh orang kanan beliau, malah ada yang mendakwa Parpukari sudah lama di campak dari negeri kelahirannya sendiri iaitu Perak. Pada awalnya memang Parpukari diambil untuk membantu bloggers Perak, namun si "petualang" Parpukari ini telah gagal untuk melaksanakan tugasnya, malah dia dilihat hanya cuba melaga-lagakan kepimpinan UMNO Perak sehinggakan perkara ini disedari oleh bloggers Perak lalu mereka membangkitkan isu mengenai fungsi Parpukari ini kepada Dr. Zambry. Bermula dari sinilah berakhirnya episod Parpukari di negeri Perak.

Parpukari a.k.a Salim ini sebenarnya bukan dibiayai oleh Dr. Zambry sebaliknya Parpukari anak paria ini dibiayai oleh Hamdan Taha dan juga Zahid Md Arip. UMNO Perak hampir "jahanam" disebabkan oleh tindakan ketiga "petualang" ini. Ketiga-tiga "petualang" ini sebenarnya bukanlah berjuang atas nama UMNO atau rakyat sebaliknya mereka berjuang demi memenuhi poket dan keperluan nafsu masing-masing.

Pernah terjadi, Hamdan Taha dikatakan telah berjaya mencipta senario di negeri Perak dengan melaga-lagakan S/U Pergerakan Pemuda UMNO Perak merangkap Ketua Pemuda Ipoh Barat dengan Dr. Zambry Abd Kadir. Namun hakikatnya Hamdan Taha ini hanyalah seorang "b**a****" politik yang GAGAL, kerana GAGAL dalam UMNO dan juga GAGAL dalam PKR. Di sebabkan kegagalan mendapat sebarang jawatanlah si Hamdan Taha ini bertindak mencampuri urusan politik Perak serta memburukkan imej kerajaan negeri Perak yang ketika itu berdepan keadaan getir dari puak PR. Hamdan Taha melaksanakan misi memecahkan UMNO Perak melalui "petualang" yang di upah khas iaitu Parpukari. Inilah antara kerja sebenar Parpukari di negeri Perak sehingga membuatkan UMNO Perak sendiri "jijik" dengan mamat yang mengaku pejuang Melayu tulen ini.

Malah ada yang mengatakan kepada akak perjuangan tiga "petualang" ini tidak berhenti selagi Khairy Jamaluddin tidak dijatuhkan, namun permainan mereka haruskan "smart", setiap perkara yang mereka buat mereka akan palitkan kepada Dr. Zambry Abd Kadir, kononnya tindakan mereka mendapat restu dari Dr. Zambry. Bagaimana pula dengan Zahid Md. Arip? Kenapa dia dikaitkan sekali dalam "permainan" licik ini?

Zahid Md. Arip sebenarnya bercita-cita untuk menggantikan kedudukan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO. Untuk mereka yang tidak mengenali Zahid Md. Arip ini beliau adalah bekas Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR). Zahid Md. Arip cuba untuk menjadi "hero" dengan mengeluarkan kenyataan membidas T.Mohan ketika isu kononnya MIC hendak menarik diri dari kompenen BN. Zahid Md. Arip melakukan tindakan ini tidak lain dan tidak bukan untuk merendahkan martabat Khairy Jamaluddin, beliau dengan rakusnya meminta BN menimbang semula kedudukan parti kompenen BN kerana baginya kompenen BN seperti MIC tidak membantu untuk menguatkan BN. Berbeza dengan Khairy Jamaluddin yang mengambil pendekatan berhemah, menghubingi T.Mohan untuk meminta perjelasan.

Jadi untuk meneruskan cita-citanya yang terlalu tinggi dia bertindak mengupah Parpukari untuk memainkan sebarang isu mengenai Khairy Jamaluddin, pendek kata kerja Parpukari hanyalah "spin" apa sahaja isu dengan tujuan memalitkan imej buruk kepada Ketua Pemuda UMNO dan keseluruhan Pemuda.

Kesimpulannya mudah, Hamdan Taha bercita-cita hendakkan jawatan dalam SUK Perak untuk memudahkan beliau mengaut segala harta kekayaan negeri Perak demi mengenyangkan perut beliau sendiri, manakala Zahid Md Arip bercita-cita memburukkan imej Khairy Jamaluddin untuk mempromosikan dirinya di kalangan Pemuda UMNO. Dan Parpukari adalah "anjing" upahan mereka berdua.

Jadi tindakan mengaitkan dengan MB Perak Dr. Zambry adalah satu dakwaan yang melampau, kerana beliau tidak tahu menahu tindakan Parpukari. Usahkan melibatkan pemimpin UMNO seperti Dr Zambry dalam permainan "kebinatangan" si Parpukari dengan proksinya ini, kerana tindakan ini akan melemahkan keseluruhan Pemuda UMNO Malaysia.

Akak ingatkan Parpukari sudah berhenti, namun jangkaan Akak meleset, kerana Barua seperti Parpukari tidak akan berhenti kerana, fitnah adalah satu sumber rezeki dia.

Jumaat, 7 Mei 2010

TERIMA KASIH UMNO PERAK.


Esok Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak akan mengadakan Majlis Perasmian Serentak Persidangan UMNO Cawangan-Cawangan Dalam Negeri Perak. Tahniah dari akak buat semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Mungkin bagi mereka yang berjawatan di peringkat bahagian tidak merasakan sesuatu yang istimewa pada program esok pagi, tapi bagi akak dan ahli-ahli UMNO diperingkat cawangan ini adalah satu pengiktirafan Badan Perhubungan UMNO Negeri kepada kami UMNO Cawangan-Cawangan dalam Negeri Perak.

Terima kasih YAB DS Menteri Besar Perak Darul Ridzuan selaku Pengerusi badan Perhubungan UMNO Negeri Perak dan terima kasih juga kepada YB. DS Zahid Bin Hamidi, Naib Presiden UMNO Malaysia kerana sudi merasmikan Persidangan UMNO Cawangan kami.


Coretan : Akak dengar Parpukari antara peneraju PERKASA Perak, benar ke? Mahu dilacurkan ke PERKASA Perak ditangan Parpu? Jangan dibenar Parpu mengotorkan perjuangan ikhlas PERKASA di Perak. Akak merayu kepada yang berWAJIB.


Ahad, 28 Mac 2010

POLIS..POLISI..POLICE.

Selamat Hari Polis dan tahniah naik gaji kepada semua anggota polis dari atas sampai ke bawah. namun bagaimana dengan mutu perkhidmatan polis? Adakah bersesuaian dengan kehendak atau tuntutan yang mereka mahukan dari kerajaan yang memerintah yakni UMNO/BN?

Biarkanlah mereka dengan tuntutan mereka. Cuma sebagai RAKYAT, akak nak tuntut pula hak akak kepada Pak Polisi..Polis ..Police. Kenapa SIVAKUMAR masih tidak ditahan atas kesalahan menipu dan salah guna gelaran SPEAKER? Adakah alasan KERTAS PERTUDUHAN SEDANG DI BUAT? Atau MASIH BELUM CUKUP BUKTI?

Esok Sivakumar ada di Sidang DUN, apa tunggu lagi pergilah tangkap atau letakkan didalam TAHANA ISA.

Renung-renungkanlah persoalan ini.