Selasa, 17 November 2009

Konvensyen Bloggers PAS ( BLOGGERs umno bila pula nak di panggil)

Muqadimah

Blog merupakan medium alternatif terpenting yang memberikan kelebihan kepada mana-mana individu, kumpulan dan organisasi bagi membina imej dan pengaruh. Blogger pula merujuk kepada individu yang mengendalikan Blog.

PAS memandang positif kewujudan blog sebagai medium bagi menghadapi peperangan siber disamping menyebarkan dakwah. Namun kebanyakan blogger PAS yang ada, tumbuh meliar tanpa panduan dari peringkat kepimpinan PAS hingga menjadikan dunia blog sebagai medan yang mendatangkan kerugian kepada PAS.

Maka satu konvensyen Blog dicadang untuk diadakan bagi mengenal pasti blogger sebenar PAS dan memberikan perkongsian maklumat serta panduan berguna untuk mereka memberikan sumbangan yang lebih bermakna buat PAS.

Objektif

1. Menghimpunkan dan mewujudkan Kelab Blogger PAS yang aktif
2. Memberikan kefahaman tanggungjawab dan hala tuju Blogger PAS

Tarikh : 20 Disember 2009
Tempat : Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar
Masa : 8.00 pagi-1.00 petang
Pendaftaran : RM10.00 seorang


lanjut kilk disini...

* Jelas akak lihat PAS seperti sekutunya mengiktiraf Bloggers tidak seperti UMNO mahupun kerajaan Barisan Nasional di Perak.

Isnin, 2 November 2009

LAGI BANGUNAN KEBANGAAN PKR DI PERAK ( kata sekupangdua )

Terpanggil disebabkan satu banner yang terpampang 'ROYAL CINA' di tepi jalan gopeng, malah bersebelahan BANGUNAN UMNO PERAK. Rasanya semua patut tahu, Memang ada cerita samseng berkaitan bangunan tersebut. Tak jadi heran dengan sikap pembangkang yang suka sangat buat pejabat berdekatan dengan bangunan mungkin tengah brebut .... kot-kot siapa dulu dia dapat jadi Menteri Besar angan-angan, nampaknya kalau macam ni PAS kalah teruk ler..., mana taknya di depan bangunan SUK Negeri Perak pun PAS dah kira knok out (KO). tiga bangunan PKR, DAP dan PAS bersaing. DAP yang cerdik... ha hahaha yang terbaru bukti PAS sebagai pencacai atau mat anguk-anguk bila sembahyang hajat pun buat kat bangunan DAP, kehalnya buan jauh sangat mesjid Negerimalah bangunanpas sendiri pun tak sampai seratus kaki dari pejabat DAP. rasanya akan ada nanti nga ngeh akan panggil alhusyinn jadi imam lagi dan lead majlis tahlil utk bangunan DAP.
Apa punmemang kurang hajarbila sesuka hati namakan ROYAL CINA, menghinakedaulatan Sultan dan Raja, tapi sebenarnya kalau dahsamseng bang nuar ni diaorang apa nak takut sebab PAS bertindak sebagai melayu angguk dengan mereka, berani angkat muka kalu? pakat lebuh ler.... Bangunan kepunyaan si adik kepada seorang ahli perniagaan cina yang tersohor, dan disebaliknya dia jugalah yang jadi orang kuat yang membantu membangunkan (FUNDER) Ibu pejabat PKR di Damansara. tu sebab dia tak takut apa pun. dan yang jelas perniagaan mereka mahsyur dan gah... semua orang kenal... terutama taiko-taiko siapa boleh challange (lawan) industri Kelab, Jackpot, perempuan srta perjudian. kita tunggu lak apa perniagaan yang akan di lancarkan kat bangunan sebesar itu. Buat PAS yang cerita tentang hukum dan tuduh orang kafir dan rasuah... tidak ker nak tegur, takkan dah ada partner yang boleh di rasuah negeri perak 11 bulan bila memerintah takut hilang telur dan mengeletar satu badan bila dia cuma gertak heaaappppp! rasanya mau terkencing dalam seluar. jadi rasanya pada PAS jangan sembang ler pasal islamyang korang pergunakan sebagai tiket perjuangan untuk menarik simpati umat islam terutama Rakyat Perak SENDIRI... TAKBIR!

* Terkejut akak bila terbacakan isu ini di blog sekupangdua. Ke mana perginya semua BLOGGERs PERAK? Adakah bagi kalian isu "ROYAL CHINA" adalah isu yang remeh? Atau kalian tidak DIBAYAR untuk membawa isu ini? Akak dengan ikhlas mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada sekupangdua atas pendedahan tersebut. Cuma pembetulan dari akak bahawa bangunan tersebut adalah milik orang kuat DAP Perak. PKR dan PAS cuma menumpang sahaja. Saranan akak agar semua pihak terutamanya MBI dan Jabatan Agama Islam Perak mengambil tindakan sebelum terjadinya LAS VEGAS di bandaraya Ipoh ini. Mana tidaknya antara hiburan yang akan disediakan disana adalah spa, perjudian, dan yang menjadi minat segelintir lelaki durjana iaitu PERLACURAN. Molek sangatlah bila ianya berdiri megah bersebelahan Bangunan UMNO Perak. Pemuda Melayu kenapa membisu? Saudara Maslin ( Ketua Pemuda UMNo Perak ) dan Putera ( Ketua Pemuda Ipoh Barat ) tak nampak ker? Atau kalian sengaja menutup sebelah mata dengan harapan agar dapat jadi ahli tanpa perlu membuat bayaran? Kalau semuanya bukan, ayuh ambil tindakan segera wahai PEMUDA PERAK.