Jumaat, 29 Januari 2010

Apakah Yang Tak Kena Lagi Dengan YB Khairy?


Besar sangatkah isu pertikaman lidah dalam Mesyuarat Pemuda UMNO Malaysia malam Jumaat lepas? Hingga menjadi bahan dan ada jugadijadikan tajuk utama sebahagian bloggers di blog mereka. Semua dirancang oleh seseorang. Pengalaman akak telah memberi tahu segalanya. Kita lihat bagaimana semua ini berlaku hinggalah kepada percutian mereka yang meroyan ini ke Cuba sebentar tadi (merujuk blog tgtualangboyz). Percutian penuh makna, apatah lagi mungkin juga di taja oleh SIFU mereka Ab. Rauf Yusoh(SUK UMNO Msia).

Akak ingin juga tahu sejauh mana hebatnya exco-exco yang menyalak kelmarin. Bagaimana dengan pencapaian KPI mereka? Tengku Azman, Zuza, Shafiq, dan Yeop Putrajaya a.k.a Yeop Parit? Dato' Khairun Aseh akak tau dia memang hebat, sudah berapa ramai anak gadis Malaysia di bawa pulang dari Ambon, Indonesia. Tapi kejayaan dalam pemuda macamana? Mereka ini semuanya meletakkan kelemahan dan kegagalan Pergerakan Pemuda di bahu YB Khairy. Bagi mereka setelah berjaya terpilih duduk sebagai exco, kantung harus diisi semula setelah hampir habis ditaburkan kepada perwakilan pemuda dahulu.


YB Naib Ketua Pemuda satu hal juga. Akak melihat Dato' Razali Ibrahim ini seperti peribahasa Melayu dulu kala, BALING BATU SEMBUNYI TANGAN. Renungkan, akak lihat di dalam Awani sebentar tadi dan cerita akak dapat dari husband akak menyatakan semalam ketika mesyuarat kepada kekecohan hinggalah sidang akhbar YB Naib Pemuda ini langsung tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan ataupun mempertahankan YB Ketua Pemudanya. Tapi rupanya beliau juga ada agendanya tersendiri. Membuat kenyataan akhbar sendiri dengan menyeru barisan Exco Pemuda bersatu, memang HANTU Timbalan Menteri seorang ni.


Akak ingin menanyakan satu soalan kepada mereka ini dan juga barisan Exco yang lain. Adakah kamu semua bersatu hati dalam membantu YB Khairy mentadbir Pemuda UMNO Malaysia? Kalau ada buktikanlah, tapi kalau tidak ada janganlah menyalak seperti ANJING TERNAMPAK HANTU. Layak untuk akak katakan bahawa kamu berlima dan Ab. Rauf Yusoh serta parpukari dan bloggersnya dari satu saluran, dari satu lembah dan punya satu agenda JATUHKAN YB. KHAIRY.
Yeop Putrajaya a.k.a. Yeop Parit, kenapa perlu mendesak YB. Khairy meletak jawatan? Kenapa tidak yeop sahaja yang melepaskan jawatan Exco Pemuda? Adakah dengan mengeluarkan isu ini kepada media adalah satu pencapaian hebat dalam menilai KPI saudara?

Saudara yang memulakan isu ini tapi kenapa sahabat yang lain ke Cuba tanpa saudara? Ab. Rauf Yusoh tak membelikan tiket yeop atau yeop pergi kemudian? Agaknya apakah pandangan dari parti kompenan kepada permasalahan ini?


PerSETANkan mereka ini..., disini akak senaraikan apa yang akak anggap KEJAYAAN setakat ini yang telah YB. Khairy lakukan sejak memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Akak tahu ada bloggers yang akan menepelak akak contohnya parpukari, tapi ini hak akak bukan KJ bayar pun untuk akak memujinya sepertimana Si Anak Bapak yang parpukari julang selama ini. Nak percaya, percayalah. Akak tak kisah............


1- Sayap pertama dalam UBN yang meletakkan KPI sebagai penilaian kepada tahap kepimpinan setiap exco ( berapa ramai exco yang KPInya mencapai tahap yang ditetapkan?).


2- Membawa Pemuda UMNO bersemuka dengan NGO Cina dan membawa Pemuda MCA berjumpa NGO Melayu.

3- Satu-satunya pemimpin muda yang berjaya menterjemahkan konsep 1Malaysia kepada masyarakat berbilang bangsa sedangkan pemimpin yang ada hanya tahu menempah kemeja berlogo 1Malaysia.

4- Menubuhkan beberapa Biro yang secara langsung membuktikan bahawa YB Khairy faham perubahan lanskap politik negara seperti Unit Media Baru, Unit Pidato, Biro Aduan Komuniti dan banyak lagi.

5- Membawa semangat baru kepada pengundi muda. Jelas terbukti dalam Pilihanraya Kecil dimana penambahan undi pemuda kepada Barisan Nasional


6- Memimpin kenyataan bersama Pemuda Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat berkenaan isu Pembakaran Rumah Ibadat.

Masih ada banyak lagi hingga tidak mampu akak senaraikan. Bagaimana dengan Naib Ketua dan
5 keldai dalam barisan exco pemuda? Nyatakanlah kejayaan kalian. Nilailah dan cerminlah diri tu sendiri. Tak kuasa akak untuk menyatakan lagi.

* YB Zahir sihat? Akak dah tarik dan buang artikel tentang YB. Bukan apa, akak takut disaman oleh YB. Seperti mana Aduka Teruna.

Selasa, 19 Januari 2010

BILA KATHOLIK BOLEH MENGGUNAKAN KHALIMAH 'ALLAH'
....NI LE JADINYA!!!


Adakah kita turut mahu melihat Islam di negara kita dipersendakan sebegini?