Jumaat, 7 Mei 2010

TERIMA KASIH UMNO PERAK.


Esok Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak akan mengadakan Majlis Perasmian Serentak Persidangan UMNO Cawangan-Cawangan Dalam Negeri Perak. Tahniah dari akak buat semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Mungkin bagi mereka yang berjawatan di peringkat bahagian tidak merasakan sesuatu yang istimewa pada program esok pagi, tapi bagi akak dan ahli-ahli UMNO diperingkat cawangan ini adalah satu pengiktirafan Badan Perhubungan UMNO Negeri kepada kami UMNO Cawangan-Cawangan dalam Negeri Perak.

Terima kasih YAB DS Menteri Besar Perak Darul Ridzuan selaku Pengerusi badan Perhubungan UMNO Negeri Perak dan terima kasih juga kepada YB. DS Zahid Bin Hamidi, Naib Presiden UMNO Malaysia kerana sudi merasmikan Persidangan UMNO Cawangan kami.


Coretan : Akak dengar Parpukari antara peneraju PERKASA Perak, benar ke? Mahu dilacurkan ke PERKASA Perak ditangan Parpu? Jangan dibenar Parpu mengotorkan perjuangan ikhlas PERKASA di Perak. Akak merayu kepada yang berWAJIB.