Jumaat, 5 Mac 2010

PARPUKARI Vs HANAFIAH MAN


Panas.... panas.

Cerita terkini akak dapat dari Unit Media Baru UMNO Perak. Kisah berkenaan si anak mamak Parpukari yang kini telah menunjukkan kemabukkan kuasanya di Perak. Lewat petang tadi akak mendapat panggilan dari kekawan di UMNO Perak, mereka kata parpu ada krisis dengan Hanafiah Man. Krisis yang bila di hidupkan baranya mampu merebak membakar bumi Perak.

Akak dah kata parpukari bukan boleh pakai (klik), promelayu (klik) juga dah kata anak mamak ketiak masam ni hanya liabiliti buat UMNO Perak. Tapi sayang kerana terpedaya dengan lakonannya maka UMNO Perak mengambil parpukari untuk membantu bloggers Perak. Apa jasanya pada Perak? apa sudah dibantunya? Perasmian UMB UMNO Perak rata-rata bloggers yang hadir adalah dari luar Perak. Sumber menyatakan beribu duit habis semata-mata untuk bloggers luar. Bloggers Perak bagaimana?

Berbalik kisah parpukari vs Hanafiah Man, kes nie baru sahaja berlaku. Ada yang menyatakan kerana kuasa dan ada juga menyatakan kerana imbuhan. Tapi bagi akak kedua-duanya sekali. Kerana bagi parpukari bila ada kuasa maka wang akan terus kepadanya. Esok UMNO Perak akan mengadakan program UMNO JUARA RAKYAT peringkat negeri.

Sumber juga menyatakan bahawa Hanafiah Man terlibat secara langsung dalam program tersebut. Kalau parpukari seperti Hanafiah man bukan ke molek? Tidaklah orang membenci setiap hari. Apa kata Nizam Setiausaha Akhbar MB Perak? Tak kan hendak terus membiarkan perbalahan antara parpu dan hanafiah menjadi tajuk utama blog-blog pro UBN baru hendak diambil tindakan?

Akak nantikan apa yang akan terjadi seterusnya dan apa tindakan dari Nizam. Kepada UMNO Perak, apa tunggu lagi buang saja parpukari dari UMNO Perak.

Jumaat, 29 Januari 2010

Apakah Yang Tak Kena Lagi Dengan YB Khairy?


Besar sangatkah isu pertikaman lidah dalam Mesyuarat Pemuda UMNO Malaysia malam Jumaat lepas? Hingga menjadi bahan dan ada jugadijadikan tajuk utama sebahagian bloggers di blog mereka. Semua dirancang oleh seseorang. Pengalaman akak telah memberi tahu segalanya. Kita lihat bagaimana semua ini berlaku hinggalah kepada percutian mereka yang meroyan ini ke Cuba sebentar tadi (merujuk blog tgtualangboyz). Percutian penuh makna, apatah lagi mungkin juga di taja oleh SIFU mereka Ab. Rauf Yusoh(SUK UMNO Msia).

Akak ingin juga tahu sejauh mana hebatnya exco-exco yang menyalak kelmarin. Bagaimana dengan pencapaian KPI mereka? Tengku Azman, Zuza, Shafiq, dan Yeop Putrajaya a.k.a Yeop Parit? Dato' Khairun Aseh akak tau dia memang hebat, sudah berapa ramai anak gadis Malaysia di bawa pulang dari Ambon, Indonesia. Tapi kejayaan dalam pemuda macamana? Mereka ini semuanya meletakkan kelemahan dan kegagalan Pergerakan Pemuda di bahu YB Khairy. Bagi mereka setelah berjaya terpilih duduk sebagai exco, kantung harus diisi semula setelah hampir habis ditaburkan kepada perwakilan pemuda dahulu.


YB Naib Ketua Pemuda satu hal juga. Akak melihat Dato' Razali Ibrahim ini seperti peribahasa Melayu dulu kala, BALING BATU SEMBUNYI TANGAN. Renungkan, akak lihat di dalam Awani sebentar tadi dan cerita akak dapat dari husband akak menyatakan semalam ketika mesyuarat kepada kekecohan hinggalah sidang akhbar YB Naib Pemuda ini langsung tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan ataupun mempertahankan YB Ketua Pemudanya. Tapi rupanya beliau juga ada agendanya tersendiri. Membuat kenyataan akhbar sendiri dengan menyeru barisan Exco Pemuda bersatu, memang HANTU Timbalan Menteri seorang ni.


Akak ingin menanyakan satu soalan kepada mereka ini dan juga barisan Exco yang lain. Adakah kamu semua bersatu hati dalam membantu YB Khairy mentadbir Pemuda UMNO Malaysia? Kalau ada buktikanlah, tapi kalau tidak ada janganlah menyalak seperti ANJING TERNAMPAK HANTU. Layak untuk akak katakan bahawa kamu berlima dan Ab. Rauf Yusoh serta parpukari dan bloggersnya dari satu saluran, dari satu lembah dan punya satu agenda JATUHKAN YB. KHAIRY.
Yeop Putrajaya a.k.a. Yeop Parit, kenapa perlu mendesak YB. Khairy meletak jawatan? Kenapa tidak yeop sahaja yang melepaskan jawatan Exco Pemuda? Adakah dengan mengeluarkan isu ini kepada media adalah satu pencapaian hebat dalam menilai KPI saudara?

Saudara yang memulakan isu ini tapi kenapa sahabat yang lain ke Cuba tanpa saudara? Ab. Rauf Yusoh tak membelikan tiket yeop atau yeop pergi kemudian? Agaknya apakah pandangan dari parti kompenan kepada permasalahan ini?


PerSETANkan mereka ini..., disini akak senaraikan apa yang akak anggap KEJAYAAN setakat ini yang telah YB. Khairy lakukan sejak memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Akak tahu ada bloggers yang akan menepelak akak contohnya parpukari, tapi ini hak akak bukan KJ bayar pun untuk akak memujinya sepertimana Si Anak Bapak yang parpukari julang selama ini. Nak percaya, percayalah. Akak tak kisah............


1- Sayap pertama dalam UBN yang meletakkan KPI sebagai penilaian kepada tahap kepimpinan setiap exco ( berapa ramai exco yang KPInya mencapai tahap yang ditetapkan?).


2- Membawa Pemuda UMNO bersemuka dengan NGO Cina dan membawa Pemuda MCA berjumpa NGO Melayu.

3- Satu-satunya pemimpin muda yang berjaya menterjemahkan konsep 1Malaysia kepada masyarakat berbilang bangsa sedangkan pemimpin yang ada hanya tahu menempah kemeja berlogo 1Malaysia.

4- Menubuhkan beberapa Biro yang secara langsung membuktikan bahawa YB Khairy faham perubahan lanskap politik negara seperti Unit Media Baru, Unit Pidato, Biro Aduan Komuniti dan banyak lagi.

5- Membawa semangat baru kepada pengundi muda. Jelas terbukti dalam Pilihanraya Kecil dimana penambahan undi pemuda kepada Barisan Nasional


6- Memimpin kenyataan bersama Pemuda Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat berkenaan isu Pembakaran Rumah Ibadat.

Masih ada banyak lagi hingga tidak mampu akak senaraikan. Bagaimana dengan Naib Ketua dan
5 keldai dalam barisan exco pemuda? Nyatakanlah kejayaan kalian. Nilailah dan cerminlah diri tu sendiri. Tak kuasa akak untuk menyatakan lagi.

* YB Zahir sihat? Akak dah tarik dan buang artikel tentang YB. Bukan apa, akak takut disaman oleh YB. Seperti mana Aduka Teruna.

Selasa, 19 Januari 2010

BILA KATHOLIK BOLEH MENGGUNAKAN KHALIMAH 'ALLAH'
....NI LE JADINYA!!!


Adakah kita turut mahu melihat Islam di negara kita dipersendakan sebegini?