Ahad, 28 Mac 2010

POLIS..POLISI..POLICE.

Selamat Hari Polis dan tahniah naik gaji kepada semua anggota polis dari atas sampai ke bawah. namun bagaimana dengan mutu perkhidmatan polis? Adakah bersesuaian dengan kehendak atau tuntutan yang mereka mahukan dari kerajaan yang memerintah yakni UMNO/BN?

Biarkanlah mereka dengan tuntutan mereka. Cuma sebagai RAKYAT, akak nak tuntut pula hak akak kepada Pak Polisi..Polis ..Police. Kenapa SIVAKUMAR masih tidak ditahan atas kesalahan menipu dan salah guna gelaran SPEAKER? Adakah alasan KERTAS PERTUDUHAN SEDANG DI BUAT? Atau MASIH BELUM CUKUP BUKTI?

Esok Sivakumar ada di Sidang DUN, apa tunggu lagi pergilah tangkap atau letakkan didalam TAHANA ISA.

Renung-renungkanlah persoalan ini.

Sabtu, 27 Mac 2010

POLIMIK POLITIK PERAK - Berakhirkah sudah?

Kurang 53 jam lagi Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak akan berlangsung. Tumpuan semestinya kepada dua insan yang mengaku dirinya SPEAKER. Namun, akal kita mampu berfikir mana satu yang SAH dan mana satu yang GILA.

Kenyataan YAB. Menteri Besar dengan meminta semua agar menamatkan polimik politik Perak seharusnya di sokong. Mengapa perlu di pertikaikan setelah Mahkamah Persekutuan pada 09 Februari 2010 dengan sebulat suara panel hakim mengesahakan bahawa perlantikan YAB Dato' Seri Dr. Zambry oleh DYMM SultanPerak adalah sah mengikut Perlembagaan.

Pakatan Rakyat dilihat terlalu mendahulukan KUASA dan JAWATAN dari mendahulukan RAKYAT. Mereka sanggup menidakkan kepentingan kepada rakyat demi memastikan impian mereka kembali bertaut.

Akak tidak mahu mengulas panjang berkenaan cita-cita dan impian juga corak kerja PASUKAN GILA TALAK (Pakatan Rakyat) ini. Cukuplah YB Nizar seorang saja orang politik dari kalangan MELAYU di Perak yang GILA asal bukan kita.

Akak suka melihat pendekatan yang telah di bawa oleh YAB Dato' Seri Menteri Besar kita, iaitu pendekatan 3P, RAKYAT " DISANTUNI " , pendekatan 3P yang dimaksudkan adalah PADANG, PERASAAN dan PENGISIAN. Sekiranya dihurai maka percayalah tentu dari minat pembaca akakakan boring hanya kerana penghuraiannya amatlah panjang. Jadi pandai-pandailah anda cari akan makna 3P tersebut.

Setahun melayari arus sebagai Menteri Besar Perak bukan suatu tugas yang mudah tanpa sokongan dari semua pihak dan doa dari rakyat yang cintakan keamanan. Percayalah andai kekuatan, amanah serta niat yang baik ada di dalam diri setiap insan di muka bumi Perak ini, maka amanlah serta sejahteralah PERAK DARUL RIDZUAN.

Namun 1 YAB Dato' Seri, saya cadangkan agar kedudukan Exco Perak dikaji semula khasnya kepada yang telah TERLALU LAMA memegang jawatan exco namun prestasi mereka tetap pada tahap yang hanya memuaskan bukan cemerlang. Jangan sehingga rakyat yang menjatuhkan hukum mereka sendiri kerana kelak yang rugi adalah BARISAN NASIONAL dan yang malang adalah MELAYU.

Salam 1 Malaysia.

Ahad, 14 Mac 2010

Tahniah Nizam Isa.



Syukur Alhamdullilah kerana akhirnya cahaya kebenaran telah terpancar di bumi bertuah Perak Darul Ridzuan. Perjuangan promelayu, akak di ikuti pula 10 sibudak Hitam akhirnya membuahkan hasil, lakonan serta penipuan dalam perjuangan Salim aka Parpukari akhirnya terbongkar.

Tahniah kepada saudara Nizam Isa, sesungguhnya apa yang saudara buat telah mengembalikan penyatuan kepada bloggers dalam negeri Perak. Cuma satu akak minta, jangan untuk kali yang kedua saudara Nizam tersalah mencari peneraju kepada bloggers dalam Perak.

Perjuangan kita belum selesai, bergitu juga di alam cyber ini. Pakatan Haram masih menyebarkan fitnah-fitnah dan membuat provokasi di arus media elektronik dan media massa dalam usaha terdesak mereka meraih undi dari rakyat. Di situlah nanti peranan bloggers amat diperlukan dalam menangkis fitnah serta provok tersebut.


Dikesempatan ini, akak memohon maaf kepada saudara Nizam Isa kerana selama ini dalam memperjuangkan penyikiran parpukari dari Perak membuatkan akak sering mempertikaikan kewibawaan Nizam Isa dalam menjadi Pegawai Media kepada YAB Menteri Besar Perak. Nizam seharusnya dari awal mengambil serius kata majoriti khasnya bloggers. Kerana bloggers sememangnya amat rapat dengan orang-orang media seperti Nizam Isa.

Kepada semua bloggers dalam Perak, ayuh kita bersatu. Bergandingan bersama Nizam Isa dalam menangkis segala tomahan dan fitnah yang cuba di tabur oleh bloggers terhadap kepimpinan UBN Negeri Perak khasnya YAB Menteri Besar Perak. Tidak dilupakan juga kepada Hanafiah Man, terima kasih dan teruslah membantu Perak kerana bantuan dan buah fikiran saudara masih diperlukan oleh kami.

* promelayu, adalah blogger pertama dalam Perak yang berani mengutarakan / mempersoalkan peranan parpukari di Perak. Namun kemana perginya promelayu kini? Agak lama juga beliau menyepi.....?