Khamis, 10 September 2009

Ini Cerita Baru Dan Terbaru....

Akak baru dapat call dari adik-adik akak ditown. Mereka kata program UMNO nak buat konvoi esok ke Lumut di kecilkan jumlah penyertaan dari 260 kereta ( geng-geng akak termasuk ler club akak KENARI ) kepada 100 buah. Kesian semua tak dapat pergi.

Ini mesti kerje si abang botak @ Jeff yang tak ada hati perut. Baru nak seronok join UMNO dah buat tahi bagi orang membenci. Akak tak paham ngan UMNO Perak ni, sejak ada abang botak @ Jeff di sana ada jer citer yang akak dengar. APA TAK CUKUP KER LAGI DUIT RAYA?

Pada geng-geng yang tak dapat pergi, akak sarankan mari kita berkumpul ramai-ramai di sepanjang laluan konvoi ini. Kita pakat kira berapa bijik kereta yang ikut pastu kita siasat berapa bajet mereka klim pastu kita jumpa Nizar pakat konvoi pula ngan dia. Apa kisah YAB MB Zambry kita bukannya ada di sini, dengar citer YAB pergi mengerjakan UMRAH. Tu yang si abang botak @ Jeff seronok kumpulkan DUIT RAYA.

Ala Jeff berapa sangat yang kau dapat berbanding DOSA yang kami lemparkan kerana tak dapat join sama ke Lumut. Jelas abang botak @ Jeff telah mengecewakan kami semua untuk turut sama menyokong konvoi ini demi AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

Akak akan terus membongkar segala cerita di sebalik program ini. Terjah adalah kerja akak.

HIDUP KENARIAN CLUB walau tanpa abang botak @ Jeff kami tetap berada di atas jalan.

5 ulasan:

  1. Akak macam best jer citer akak ni...tp, boleh tak akk tunjukkan bukti...sbbnyer...saya terfikir gak...adik-adik akak tu boleh caya ker...ntah-ntah penuh PHD...firasat saya la, mesti akak ni bak dengan pemuda-pemuda ni sebabnyer, takkan lah maklumat mcm ni blh terlepas mcm tu jer...betul x...

    apap pun, saya menantikan terjahan akak...serkap merungkai segalanya...

    BalasPadam
  2. salam adik..
    kot yer pun nak belasah orang, tengok2 ler sikit, janganler haram jadah sangat ayatnya, iut dan pahamler bulan posa, kenapa jeff jer yg dok cerita, tak kira ler macamanapun dan buruk sekalipun kena tengok ler hasil kerja, yang penting berjaya atau tidak, tak aci ler dok cerita buruk yang baik tak na cerita ker.... tman kekadang angin jugak sebab adik tau tak bila pakcik mu ni masa konvoi tu balik dari lumut pukul 2 pagi, idakpulak nak riuh sekampung!
    teman sendiri pun memang berdiri atas ; YANG BENAR TETAP BENAR, YANG SALAH KITA SERGAH', tentang part tu teman pun setuju, malah teman memang angin dengan haram jadah yang ambik kesempatan, tapi dik oii jgn ler cerita burok jer, yang baiknya dimana? betoi benor ke?
    rasa-rasanya dik ni nak takle jeff tak dapat ker! muahahaha... jangan ler berdendam sangat, mana salahnya pakcik pun tak tau, rasanya sebab sijeff tak layan/ perasankan dik atau memang muka dik ni tak seberapa memiak mua hahaha. selamat raya ....bak kata wahid KURANGKAN KONTROVOSI TINGKATKAN PRESTASI!

    KOK YER PUN KALAU OFF TAK POSA JGN LER LUPA DOSA NGUMPAT!

    BalasPadam
  3. Betul kata kawan akak, blog yang berbisa adalah sekupangdua. Apa ingat akak cakap ikut suka akak ke? Kalau tak kerana cerita sampai ke telinga akak, akak pun tak mau nak tulis. Bab suka atau taknya akak pada Jeff itu biarlah rahsia akak dengan dia, sekupangdua perduli apa. Kemungkaran dan ketidakadilan dalam mentadbir UMNO Perak akan terus akak dedahkan demi kepentingan MELAYU semua. Tengok macamana Salbiah mentadbir Puteri Perak, langsung tiada sunggutan dari kalangan Puteri Perak. Tu sebabnya tiada isu yang akak nak dedahkan dalam Puteri dan Wanita UMNo Perak.

    BalasPadam
  4. jangan buyers!!! puteri pun bukan ada buat apa aktiviti pun. kalau ada pun hanya sesama sendiri...ayat yang senang 'syok sendiri'. kurang2 sibotak tu ada iniseatif nak buat program dan program tu pun dah berjaya. patutnya puteri tumpang bangga sebab tu kejayaan umno. tak tau le pulak, puteri ni puteri lain!!!
    kalau bab aktiviti puteri, apa puteri dah buat? tak nampak pun. kalau setakad tersengeh sana, tersengeh sini, tu bukan program. berapa kaunter puteri dah buka untuk daftar SPR? berapa ramai ahli baru puteri & dah dartaf ke sebagai pemilih? dah berapa shopping complex puteri dah pergi hantar risalah. jangan duk balun sesama sendiri...kenapa tak nampak pun puteri masa program konvoi pemuda tu? Kenapa? Puteri dan Pemuda ni lain-lain parti ke? Kenapa tak sokong dan bantu antara satu sama lain. Ni ke budaya dalam PKR yang Puteri Ayu cuba bawa dalam UMNO??? kalau ni le caranya, pakai kalah pulak le PRU akan datang!!!...///

    BalasPadam
  5. puteri syiling perak!
    terlebih dahulu tm ingin mengucapkan terima kasih kerana menjadi follower blog tm. baru malam ni tm dapat melapangkan masa untuk melihat blog ini. Terima kasih juga kerana memilih untuk menyertai
    UMNO. Mengenai konvoi tu tm berpendapat ia terpaksa di kurangkan kerana ia akan melibatkan satu jarak konvoi yg terlalu panjang. TM selalu menyertai program konvoi bermotosikal besar dan faham sgt tentang selok belok dan masalah berkonvoi. Yg Abg Jeff buat tu lagi hebat sebab melibatkan kereta dan motosikal.
    Mungkin atas nasihat Polis ia terpaksa di kurang kan.

    BalasPadam

Akak tidak dibayar untuk menulis blog. Akak menulis atas fakta, namun resam manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Maka maafkanlah andai ada hati yang terluka hanya kerana coretan ini.