Isnin, 14 September 2009

Peraduan Teka Nilai T-Shirt

Hahahahaha........
Ramai yang menunggu terjahan terkini akak kan. Maaflah kerana lewat update blog. Ni semua kerana abg botak@Jeff. Kenapa? Biarlah rahsia.....

Tapi kesian ler kalau hari-hari abg botak @ Jeff yang kena bantai. Macamlah dia seorang je yang menjadi liabiliti kepada UMNO Perak, walhal ada dua tiga orang lagi yang terlibat. Agaknyalah....


Ini ceritanya....
Agak-agak berapa nilai T-Shirt di atas? RM 10, RM 15?
Entahlah hanya yang menempah dan penjual saje yang tahu. Tapi yang akak dapat cerita T-Shirt ni yang berjenama RIGHTWAY sport di klim pada UMNO Perak dengan nilai RM 20.00 untuk 500 ke 600 helai ( nak tepat jumlah helaiannya tanya pada pentadbiran Pemuda UMNO Perak ). Mahalkan? Kalau jenama POLO ker atau jenama sukan takpalah juga.

Anyway, akak memohon agar ditubuhkan SURUHANJAYA DIRAJA dalam menyiasat perkara ini.... huah..huah..huah.... kerana bukan apa, sebelum bintat menjadi kudis dan kudis menjadi barah biarlah kita sedarkan mereka yang dah terlajak jalan menuju ke kemungkaran supaya kembali ke pangkal jalan. Susah - susah sangat, akak tawarkan diri bersama team Perak Bangkit dalam menjadi jawatankuasa dalam suruhanjaya tersebut ( kalau ada elaun lagi mendalam kami bongkarkan )

2 ulasan:

  1. ini satu bentuk penyelewengan yang tak sepatutnya berlaku dan perkara ni bukan perkara baru...patutnya Jeff tak buat benda ni. dia pernah bekerja dengan MSN, atau dah terbiasa dengan MSN mark up harga t-shirt kut!!!
    banyak duit raya jeff tahun ni...betul2 raya keling le jeff!!!

    BalasPadam

Akak tidak dibayar untuk menulis blog. Akak menulis atas fakta, namun resam manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Maka maafkanlah andai ada hati yang terluka hanya kerana coretan ini.