Ahad, 4 Oktober 2009

Puteri ambil perhatian...

Ambil perhatian semua Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Negeri Perak khasnya Pn. Salbiah selaku Ketua Pergerakan Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan.

Akak ada terbaca blog pembangkang yang pukul satu macam program Deko Puteri Tambun (klik sini) yang dirasmikan oleh YB Setiausaha Kerja UMNo Perak siapa lagi kalau bukan YB Nazri Ismail. Kata jurucakap program tersebut rumah ibu tunggal itu akan siap sebelum syawal nah sampai sekarang cuma dinding belah depan jer yang di cat pink selebihnya HARAM. Kot ye nak buat program deko macam Puteri Gopeng (klik) tu buatlah bersungguh-sungguh jangan hangat tahi ayam. Sekarang blog pembangkang dah jadikannya isu. Siapa malu????????

Adik-adik puteri ni kalau nak cari publisiti pun buatlah dengan cara betul. Ini tidak, sekarang ibu tunggal tersebut dah adu pada Pakatan Pembangkang so siap la dengan fakta-fakta yang bernas untuk menangkis isu yang mula hangat di blog-blog pembangkang. Memalukan sungguh, akak smlm pergi le ke rumah ibu tunggal tersebut.

Memang memalukan bila ibu tunggal tersebut menyatakan bahawa rumahnya di jadikan tempat majlis perasmian tersebut dan sebelum itu makcik tersebut dah menyatakan bahawa rumah tersebut harus di baikpulih bukan untuk di cat tapi Puteri Tambun hendak juga meneruskan niat mereka untuk memalukan UMNO Perak.

Sekarang siapa mahu jawab? Kalau gagal nak pimpin Puteri Perak letak je jawatan tu tak payah nak melobi dan ampu exco bermodalkan " saya ni Ketua Puteri Bahagian Tajol Rosli bekas MB Perak". Dah basi ayat tu adik Oiii.

3 ulasan:

  1. Salam akak...bagi saya pulak, kita kena tengok keseluruhan hasilnya...janganlah hanya berpandukan 1 bahagian sahaja...tak begitu akak...mungkin kekurangan dan permasalahan timbul di Bahagian Tambun, tapi tak bermakna di Bahagian lain wujud permasalahan yang sama...apa kata akak rungkaikan permasalahan ni dan kita lihat hasil sebenar program tersebut...

    BalasPadam
  2. Terima kasih dik. Seronok akak bila adik boleh menjawab berkenaan isu ini. Kak tahu bukan semua bahagian pu3 gagal dalam program deko ini dan itu sbb kak suruh contohi Gopeng dan Kampar. Apa pun kak bukan mencari salah silap tetapi sekadar menegur kesilapan yang berlaku.

    BalasPadam
  3. tahniah...satu terjahan yang baik!!! ni le sikap YB BN yang tak boleh nak ubah dari dulu. tegur pun tak boleh. YB Nazri ni bukan asing pada aku. dari 1995 sampai 2008 aku yang tolong kempen untuk dia. rasa bersalah pulak, tolong orang munafik ni...aku rasa ni last term dia jadi YB pun...teruskan mencari salah YB-YB ni, 'rakyat didahulukan.....'

    BalasPadam

Akak tidak dibayar untuk menulis blog. Akak menulis atas fakta, namun resam manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Maka maafkanlah andai ada hati yang terluka hanya kerana coretan ini.